MALAYSIA akan terus menjadi destinasi pilihan pelancong bagi 10 negara di seluruh Asia Pasifik dengan sehingga kini mencatatkan seramai 8.1 juta pelancong berkunjung ke Kuala Lumpur tahun ini.

Penasihat Ekonomi Global, MasterCard Worldwide, Yuwa Hedrick Wong, Kuala Lumpur turut berada pada kedudukan ke-10 di kalangan 20 bandar raya destinasi utama negara di seluruh dunia bagi 2012.

malaysia destinasi pelancongan

“Kuala Lumpur juga kini semakin menarik minat pelancong asing dari negara Timur Tengah dan China berikutan bukan saja mempunyai lokasi cantik, tetapi juga terdapat pelbagai program menarik dijalankan sepanjang tahun,” katanya kepada Bisnes Metro di Singapura.

Menurutnya, antara 10 bandar raya terkemuka di Asia Pasifik yang menjadi pilihan pelancong berkunjung adalah Bangkok (12.2 juta), Singapura (11.8 juta), Hong Kong (11.1 juta), Kuala Lumpur, Seoul (8.0 juta), Shanghai (7.5 juta), Beijing (6.2 juta), Taipei (5.4 juta), Tokyo (4.3 juta) dan Jakarta (2.8 juta).

Yuwa berkata, indeks bagi jumlah perbelanjaan pelancong menggunakan Mastercard di Kuala Lumpur juga menunjukkan peningkatan sebanyak 13.7 peratus tahun ini berbanding 2011.

“Bagi pasaran Malaysia, Kuala Lumpur mencatatkan perbelanjaan AS$6.4 bilion (RM20.35 bilion) bagi 2012 iaitu meningkat berbanding AS$5.6 bilion (RM17.8 bilion) pada 2011. Jumlah ini dikira berdasarkan kedatangan 8.1 juta pelancong ke Kuala Lumpur. -hmetro