Kuih Buah Tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.

Kuih Buah Tanjung berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk menurut cita rasa pembuatnya di dalam air gula.

Kuih Buah Tanjung agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan.

It is sweet as well as its name. This food also known as a Royal Kelantan food

Bahan-bahan:
5 biji telur itik | kuning sahaja
500gm gula pasir
125gm tepung pulut
50gm tepung beras
1 helai daun pandan
3 biji bunga cengkih
250ml air

Cara memasak:
1. Gula dimasak dengan air. Didihkan sehingga pekat dengan membuka api sederhana.
2. Kuning telur dipukul sehingga kembang dan campurkan tepung pulut secukupnya sehingga boleh dibentuk.
3. Apabila tepung tadi sudah digentel bulat-bulat kecil masukkan ke dalam air gula tadi.
4. Apabila timbul boleh diangkat.