Lata Rek terletak 27 km dari bandar Kuala Krai. Perjalanan kira-kira 30 minit melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang akan menemui satu simpang tiga berdekatan dengan Paloh. Dari simpang tersebut ke kiri adalah simpang masuk ke tarikan sejauh 3 km ke hadapan. Merupakan salah satu tarikan rekreasi yang popular di Kuala Krai. Menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah mandi-manda berehat dan sebagainya lagi. Lata Rek digemari oleh pengunjung kerana mempunyai kedalaman air yang cetek dan bersih sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda. Kemudahan-kemudahan asas juga tersedia untuk keselesaan para pengunjung.

Info

Terletak 27 km dari Bandar Kuala Krai. Perjalanan kira-kira 30 minit melalui Jalan Persekutuan Kuala Krai-Gua Musang 8 akan menemui satu simpang tiga berdekatan dengan Paloh. Dari simpang tersebut ke kiri adalah simpang masuk ke tarikan sejauh 3 km ke hadapan.

Pengangkutan Awam

Tiada perkhidmatan bas awam ke Lata Rek. Perkhidmatan teksi pula mudah diperolehi di Kuala Krai dengan tambang RM 15 sehala.

Kemudahan

  • Tempat persalinan
  • Tandas awam

Tarikan & Aktiviti

  • Tumpuan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah mandi-manda berehat
  • Mempunyai kedalaman air yang cetek dan bersih sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda