Batuta Travel & Tours ditubuhkan pada 22 January 1987. Objektif utama penubuhan syarikat adalah untuk menjadi salah satu syarikat yang bergiat aktif dalam industri pelancongan di negara Malaysia. Pada awal penubuhan syarikat ini industri pelancongan dimanopoli oleh bukan bumiputra. Syarikat Batuta memulakan operasi pada 1987 dan telah mengenal pasti beberapa potensi yang boleh diterokai oleh syarikat : -

  • Haji & Umrah Perniagaan Utama
  • Penjualan tiket kapal terbang domestik dan antarabangsa .
  • Pelaburan Saham dan Hartanah

Haji dan Umrah merupakan perniagaan utama kami semenjak dari awal penubuhan syarikat sehingga sekarang. Alhamdulillah berkat sokongan daripada pelanggan kami telah dianugerahkan lesen oleh Tabung Haji pada setiap musim haji yang membolehkan kami menjadi salah satu daripada syarikat swasta yang dibenarkan oleh Tabung Haji untuk menawarkan perkhidmatan Pakej Haji kepada rakyat Malaysia. Nama syarikat kami diambil daripada tokoh pengembara Islam yang terkenal iaitu Ibn Batutah . Nama ini mempunyai kaitan dan makna yang cukup sesuai dengan aktiviti utama syarikat kami iaitu pelancongan. Setelah diteliti dengan rapi Batuta Travel & Tours Agency Sdn. Bhd. telah menjadi nama rasmi syarikat kami. Nama ini kemudiannya ditukar kepada Batuta Travel & Tours Sdn Bhd.pada tahun 1999. Objektif dan tanggungjawab utama syarikat adalah untuk memberi layanan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang telah memilih syarikat kami sebagai pilihan mengerjakan haji dan juga umrah selaras dengan moto syarikat kami iaitu : -

BIG IN VALUE TOP IN SERVICES TRUSTED IN NAME .

Insyaallah dengan izin Allah s.w.t kami akan sentiasa cuba untuk memenuhi permintaan dan kehendak pelanggan kami yang amat kami hormati disamping menjaga mutu perkhidmatan yang tinggi selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh syarikat. Semoga dengan izin Allah s.w.t ibadat umrah dan haji yang telah dibuat diterima oleh Allah s.w.t