Chalet Sri Tujoh terletak di Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Terdapat pelbagai jenis chalet yang disediakan seperti suite, double deluxe, single deluxe, dan sebagainya. Harga bermula daripada RM 48.00 hingga RM 150.00 untuk satu malam. Namun, harga ini berbeza mengikut musim seperti cuti persekolahan dan sebagainya. Chalet ini juga sesuai untuk mereka yang ingin membeli-belah di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah :

  • Penghawa dingin
  • Televisyen
  • Restoran terapung
  • Sudut BBQ
  • Tapak perkhemahan
  • Gelanggang bola tampar dan sepak takraw
  • Masjid
  • Dewan
  • Taman tema untuk kanak-kanak