Lokasi

Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar terletak di atas Lot No. 430 dalam seksyen 7 bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan Muzium adalah 1 822 meter persegi. Kedudukannya di kawasan pusat bandar dan ditengah-tengah rangkaian zon budaya menjadikan bangunan Muzium ini mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke negeri Kelantan Darulnaim.

Bangunan ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Di sebelah kiri tersergam indah Istana Balai Besar yang dibina dalam tahun 1840 dan merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu. Di sebelah kanannya pula berdiri megah Masjid Muhammadi yang menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk negeri Kelantan. Disebelah belakang pula terdapat sebuah Istana Lama yang pernah menjadi tempat kediaman almarhum Sultan Yahya Petra semasa bergelar Tengku Mahkota.

Istana ini dibina dalam tahun 1939 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail 1920-1944 dan dikenali dengan nama Istana Batu. Kini bangunan ini telah dijadikan Muzium Diraja. Di bahagian hadapan terdapat satu kawasan meletak kenderaan yang agak luas dan selesai. Untuk sampai ke Muzium ini daripada pusat bandar para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan beca roda tiga atau dengan berjalan kaki. Jaraknya cuma 0.5 kilometer sahaja.

Latarbelakang

Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haj i Mohd Salleh Dato Kaya Bakti . Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah.

Mengikut Arifin bin Abd. Rashid dalam bukunya Ringkasan Sejarah Kelantan : Dalam tradisi pemerintahan Raja-raja Melayu Istana merupakan tempat untuk kediaman perlindungan menerima tamu mesyuarat dan menjalankan pemerintahan juga sebagai pusat pengajian Islam serta mengeluarkan banyak hasil-hasil sastera . Pada tahun 1886 Sultan Muhammad 11 mangkat tetapi bangunan Istana yang baru masih dalam pembinaan. Baginda telah digantikan oleb anakanda baginda yang sulung iaitu Raja Long Sulong. Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran Sultan Ahmad.

Baginda Sultan Ahmad menitahkan agar kerja-kerja pembinaan istana baru ini diteruskan sehingga ia siap sepenuhnya. Akhimya pada tahun 1887 setahun selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad 11 barulah istana ini siap dan boleh didiami.Di samping Istana Jahar ini Baginda Sultan Ahmad juga menintahkan agar dibina sebuah lagi istana baru di sebelah hilir Istana Balai Besar untuk Tengku Bongsu. Istana ini kemudiannya dikenali dengan nama Istana Tengku Sri Akar.