Jambatan ini juga dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal. Ia merupakan satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan. Jambatan ini amat penting bagi menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai melalui jalan raya.Ia dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhamad IV. Reka bentuknya menyerupai kebanyakan jambatan yang terdapat di Eropah.

Struktur binaannya menggunakan besi keluli begitu teguh dan kuat.Panjangnya 70 kaki dan lebar 30 kaki.Tali besi yang menggantungkan jambatan ini berukuran 12 inci lilitan dan dipintal pada bahagian luar dengan dawai besi lebih kecil menampakkan seperti tali berpintal.Mulai tahun 1986 jambatan ini tidak lagi digunakan kerana jambatan baru berhampiran telah siap dibina.Ianya dikekalkan sebagai warisan sejarah.

Lokasi

Terletak kira-kira 11 km dari Kuala Krai. Bersebelah dengan jalan persekutuan Machang – Kuala Krai kira-kira 500 meter dari Taman Sireh

Pengangkutan Awam

Perkhidmatan bas dan teksi boleh didapati di bandar Kuala Krai dan Machang.