Jambatan Keretapi Guillemard yang merentasi Sungai Kelantan di Kursial Tanah Merah telah dibuka untuk lalulintas pada tahun 1924. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Jambatan ini dibina dalam tahun 1920 dan siap dibina pada bulan Julai 1924. Pembukaan jambatan ini adalah untuk laluan keretapi dan kenderaan-kenderaan lain. Ia telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Ismail Ibni Al- Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Nama Guillemard adalah mengambil sempena nama Gabenor British Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu pada masa itu. iaitu Sir Laurence Guillemard .