Masjid Lama Mulong merupakan bekas Balairung Seri Istana Raja Dewa Tuan Zainal Abidin putera baginda Sultan Kelantan Sultan Muhammad III. Ia dibina sekitar tahun 1900 di Kota Bharu berhampiran Istana Balai Besar dan lama ditinggalkan kosong selepas Perang Dunia Kedua. Kemudian pada tahun 1958 penduduk Kampung Kedai Mulong telah membeli binaan balairung ini dengan harga RM1 000 untuk dijadikan masjid di penempatan mereka yang terletak 11 kilometer dari bandar Kota Bharu. Pemindahan pada waktu itu dilakukan dengan lori dan struktur lantai dan bumbungnya telah dipotong dua bagi tujuan tersebut. Ia dipasang semula secara gotong-royong seperti bentuk asal balairung seri dengan penambahan ruang mihrab dan anjung masuk. Sebagai sebuah balairung seri bangunan ini mempunyai ukiran jejala yang halus pertukangannya termasuk mural lukisan awan larat air emas pada kepingan papan janda berhias. Yang menariknya mural tersebut ditemui selepas pekerja pemuliharaan mengikis cat lama pada kepingan papan dinding masjid itu.Lebuhraya Timur Barat merupakan lebuhraya yang menghubungkan Gerik di Negeri Perak dengan Jeli di Kelantan. Projek raksasa ini menelan belanja RM296 juta bagi memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini sepanjang 123 kilometer melibatkan 61 km di negeri Perak dan baki jarak pula di negeri Kelantan. Ia menjadikan perjalanan lebih pantas dan membantu pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di Perak malah di seluruh negara. Operasi membalak lebih mudah. Kawasan penempatan baru dibuka di sepanjang lebuh raya. Sebelum lebuh raya ini dibuka pada 1 Julai 1982 jarak perjalanan dari Alor Setar ke Kota Bharu adalah melebihi 1 000 km tetapi dengan adanya lebuh raya ini jarak perjalanan telah dipendekkan sebanyak beberapa ratus kilometer. Lebuhraya Timur-Barat mula dibina pada tahun 1967. Proses pembinaannya kerap kali terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang sering sahaja menyerang hendap pekerja binaan sepanjang Perang Insurgensi Komunis ataupun Darurat Kedua dari tahun 1967-1989 menyebabkan pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang sangat panjang. Malah semasa lebuh raya ini dibuka pun pihak tentera mengawal ketat lebuh raya ini dan pemandu hanya boleh menggunakan lebuh raya ini pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya. Sistem kawalan keselamatan yang ketat dimansuhkan setelah pihak komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan dibina oleh Jabatan Kerja Raya di Pulau Banding bagi menghormati para pekerja yang terkorban akibat serangan hendap komunis sepanjang pembinaan Lebuhraya Timur-Barat.