SEJARAH: LOMBONG BIJIH BESI, BUKIT BESI, TEMANGAN

Lombong bijih besi ini diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu “Oriental Mining Co.”, di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan. Di sini bijih besi diangkut dengan menggunakan keretapi ke Pelabuhan Tumpat. Bijih besi tersebut akan dimasukkan ke dalam satu bekas khas di mana ianya akan diangkut pula ke kapal melalui jeti yang dibina . Dari kapal kecil ini, bijih besi tersebut akan dibawa ke kapal induk untuk dieksport ke negara Jepun. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun. Selepas Peperangan Dunia Kedua, pengeluaran bijih besi masih diteruskan dilakukan oleh syarikat yang sama tetapi kini ianya di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 dimana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan. Kini,setelah sekian lama ia dibiarkan tanpa terurus,ia telah kembali diselengarakan untuk tujuan pengeluaran semula bijih besi yang terdapat di sini oleh syarikat Pakar Ganda Sdn Bhd dengan usahasama Komeichi Maruten (M) Sdn Bhd sejak dari tahun 2006. Secara tidak langsung ini telah dan akan terus memberikan peluang pekerjaan dan daya peningkatan hidup buat anak tempatan di sekitar Machang, Temangan Khususnya.