Maahad Pengajian Islam ditubuhkan pada 17 Januari 1959 dengan menumpang di bawah bumbung Maahad Muhammadi Jalan Merbau Kota Bharu. width=Pada permulaan penubuhan Maktab ini dinamakan Maktab Perguruan Islam . Maktab ini ditaja oleh Persatuan Guru Agama Kelantan PEGERAK . Persatuan ini dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Hassan bin Haji Idris.Setelah Maktab ini beroperasi selama 6 bulan barulah dirasmikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan bilangan 6 dalam mawas 26/59 bertarikh pada 1 September 1959 dengan tenaga pengajarnya 7 orang yang terdiri daripada:-

Kantin Lama

1 Ustaz Hj. Hassan bin Hj. Muhammad Osman PENGETUA 2 Ustaz Hj. Hassan bin. Hj. Idris. 3 Ustaz Hj. Ismail bin. Hj. Yusoff. 4 Ustaz Abdullah bin. Yusoff / Abdullah Nakhan. 5 Ustaz Hj. Muhammad Zain bin. Ahmad. 6 Ustaz Ariffin bin. Awang. 7 Ustaz Abdullah bin. Makula. width=Pada tahun 1967 Maahad Pengajian Islam ini dibangunkan diatas tapaknya sendiri di Jln Pekeliling Kota Bharu dengan berganding bahu antara Maktab dengan Madrasay Al-Ianah yang kedua-duanya sama-sama menumpang dibangunan Maahad Muhammadi diawal penubuhannya. Awal bulan mac 1968 Maktab Perguruan Islam ini ditukarkan namanya kepada nama baru iaitu Maktab Pengajian Islam atau dengan bahasa arabnya Maahad Ad-Dirasah Al-Islamiah. Selepas itu Madrasah Al-Ianah diserapkan ke dalam Maktab Pengajian Islam ini. Kemudian 1973 diserapkan pula ke dalam Maktab Pengajian Islam ini Madrasah At-Tarbiyah Al-Islamiah Dusun Raja Kota Bharu. Maktab ini terus berkembang maju hingga 1988 dimana ia diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan YIK hingga sekarang. Pada tahun 2006 nama Maktab Pengajian Islam telah ditukar kepada Maahad Pengajian Islam sehinggalah sekarang. http://mpi.yik.edu.my