Medan Ikan Bakar Kedai Buloh (MIB) telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu.

Di sini terdapat 2 unit restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan. Lot ruangniaga di MIB bersambung dengan restoran tersebut didirikan di tebing sungai.

Keseluruhan keluasan bangunan (build-up area) 21,000 kp. merangkumi 2 unit restoran (4,500 k.p. setiap satu), 27 unit ruangniaga (150k.p setiap satu), Musalla & Tandas Awam serta Taman Rekreasi utnuk kemudahan mereka yang membawa anak kecil.

Disamping persekitaran nyaman perkampungan, bot-bot nelayan tempatan yang sentiasa menyusuri sungai untuk keluar ke laut melalui Kuala Besar dan pemandangan matahari terbenam boleh dinikmati dari restoran berupaya mewujudkan tarikan tersendiri yang jarang terdapat di lain-lain tempat.

Permohonan sewa bagi 27 unit ruang niaga telah dibuka. Kadar sewa adalah RM200 – RM250 seunit. Perniagaan produk-produk keluaran tempatan amat digalakkan KECUALI BATIK.

Sebuah restoran disewakan kepada Perdana Resort dengan menu utama “Buffet Steamboat” . Pelbagai pilihan makanan yang segar dan menepati citarasa orang ramai. Untuk tempahan hidangan steamboat, anda bolehlah hubungi 09-7743292/7744000.

Sebuah lagi restoran ikan bakar iaitu Restoran Juara Ikan Bakar yang diusahakan oleh En. Aziz telah beroperasi sejak Januari 2012. Untuk tempahan, anda boleh hubungi En. Aziz: 0129685361.

Manakala, tersebut satu warung yang di pindahkan dari tempat asalnya di Pulau Pisang iaitu Warung Pak Mat Pulau Pisang yang menyediakan hidangan istimewa iaitu sup kepala ikan dan teh tarik madu yang pasti menyelerakan anda.

Selain itu, terdapat juga perkhidmatan bot untk menyusuri kepualaun sekitar Sungai Kelantan yang disediakan oleh Kelantan River Cruise. Untuk tempahan atau untuk mengetahui tentang lebih lanjut boleh hubungi 013-967 1202. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu.