Mh Mohd merupakan jenama produk yang sudah sinonim dengan masyarakat Kelantan dalam penggunaan sos cili, sos tomato dan kicap sejak akhir 80-an lagi sehingga sekarang dan masa akan datang. Nama Mh Mohd adalah singkatan nama ahli keluarga. Kejayaan sesebuah syarikat berkait rapat dengan keharmonian dan sokongan keluarga. Itulah yang menyebabkan nama MH dicipta dan logonya berunsurkan negeri Kelantan dan agama Islam (kesucian).

MH Mohd Industries Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera sepenuhnya yang beralamat di Lot 2964, Kampung Paloh, 16250 Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Syarikat ini ditubuhkan pada 20 Januari 1986. Syarikat ini telah diasaskan oleh En.Muhamad bin Yusoff yang berasal dari Kelantan pada tahun 1986 secara kecil-kecilan, dan dibantu oleh isterinya, Puan Hazizah binti Hamat dan bergiat aktif di rumah.

Pada awal pembabitan, En Muhamad telah mendapat tunjuk ajar dari MARDI mengenai cara-cara penghasilan produk, dan disitulah En Muhammad terlibat secara aktif dan telah menghasilkan ramuan sendiri. Pada tahap ini penghasilan produk hanyalah difokuskan kepada pengeluaran sos cili dan sos tomato yang mana produk ini dijual secara kecil-kecilan tanpa label syarikat yang dilekatkan pada botol. Proses pengeluaran dan jualan pada ketika itu adalah sederhana dan tertumpu kepada jiran sekampung, pasar malam dan pasar tani.

Pengalaman yang ada setelah sekian lama menjual produk secara kecil-kecilan telah mendorong beliau untuk mengukuhkan lagi jenama MH Mohd dengan mendirikan sebuah kilang di kawasan yang strategik dengan memohon pinjaman daripada pihak bank untuk meluaskan lagi produk ciptaannya. Pada awal penubuhan kilang, hanya beberapa produk yang dihasilkan. Antaranya, sos cili, sos tomato dan kicap, tetapi apabila syarikat semakin stabil, produk baru diperkenalkan iaitu sos tiram, pencicah, cuka buatan, sos pencicah buah dan sebagainya. Malahan turut mengeluarkan produk di bawah jenama ‘FATINA’.

Iklan komersil MH Mohd di Radio Malaysia Kelantan FM

Video MH Mohd