Lokasi

Muzium DiRaja Istana Batu ini terletak dalam pusat bandar Kota Bharu. Muzium ini amat bersejarah dan menjadi tarikan para pelancong penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih dekat lagi tentang keluarga DiRaja. Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar Kampung Kraftangan manakala bahagian belakang pula adalah Masjid Muhammadi Masjid Negeri .

Kawasan ini dikenali Zon Budaya yang meliputi bangunan-bangunan bersejarah yang lain. Perhubungan dengan pusat bandar juga amat mudah dan berhampiran dengan pusat membeli belah iaitu Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.

Dengan melawat Istana Batu atau Muzium DiRaja ini, para pengunjung berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri bagaimana keadaan di dalam istana yang pernah didiami oleh Sultan Kelantan dan Kerabat DiRaja pada suatu ketika dahulu.

Latarbelakang Sejarah

Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad Ke-IV. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan.

Istana ini telah menjadi tempat bersemayarn Sultan Yahya Petra sehinggalah tahun 1960 sebelum baginda ke Istana Kota Lama yang telah dijadikan tempat bersemayam rasmi Sultan Kelantan. Dalam tahun 1966 Istana Batu ini telah diubahsuai kemudiannya menjadi kediaman rasmi Dato Tengku Salwani binti almarhum Sultan Yahya Petra.

Pada tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota iaitu Tengku Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim. Baginda telah bersemayam di Istana ini sehingga tahun 1972. Istana Batu telah menempa banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat DiRaja tempat kediaman bagi raja-raja kerabat-kerabat dan tetamu-tetarnu Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan.

Istana ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai Muzium DiRaja dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Julai 1991 bersempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Baginda yang ke-41.

Waktu Operasi

Waktu Muzium DiRaja ini beroperasi adalah pada pukul 8.30 pagi hingga 4.45 petang, setiap hari kecuali hari Jumaat. Bayaran tiket yang dikenakan adalah seperti berikut:

Kanak-kanak          : RM 0.50
Dewasa                     : RM 1.00
Pelancong Asing  : RM 2.00