Tempat Menarik di Kelantan 2023: Senarai Percutian Best

Senarai tempat menarik di Kelantan 2023 yang perlu anda singgah dan pergi termasuk pada waktu malam

senarai tempat menarik di kelantan 2023

Kota Bharu kadang kadang disebut dengan Kota Baru, yang merupakan ibu negeri Kelantan. Apa yang kami suka tentang Kelantan, adalah makanannya. Sedap-sedap semuanya. Jika kita pergi ke Kuala Lumpur, banyak gerai dan kedai makan dari Kelantan.

BACA SINI: Orang kelantan yang perlukan bantuan wang ehsan buat semakan maik kelantan sekarang

Jika pergi terus ke negeri kelahiran mereka, sudah pastinya kita akan melihat sendiri kemeriahan kedai makan dan restoran di sana untuk anda semua cuba sendiri. Perut sudah kenyang, boleh mula jalan jalan dengan singgah tempat tempat best di kelantan, senarai contoh ada di sini

BACA SINI: Tempat Menarik di penang 2023: Senarai Aktiviti Best Pulau Pinang

Tempat Menarik di Kelantan 2023

Jika anda orang kelantan, sila semak temujanji vaksin bagi semakan status pendaftaran anda sekarang

Tempat Menarik Kota Bharu

Anda boleh melawat 6 muzium di bandar Kota Bharu ini. Muzium-muzium ini sangat seronok untuk dilawati kerana kita dapat mengenali dengan lebih dekat dan mendalam adat budaya orang-orang Melayu di Kelantan.

Muzium Kraftangan – Juga terkenal dipanggil sebagai “Balai Getam Guri” Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf ini lokasinya sangat hampir dengan Istana Balai Besar dan Bazar Buluh Kubu yang merupakan satu zon kebudayaan Kota Bharu.

IKLAN: Jika anda orang Sabah mahu bantuan, sila apply bsp 3.0 bantuan Sabah Prihatin covid 19

Pelbagai jenis kraftangan hasil daripada kerja tangan halus masyarakat Kelantan dipamerkan dan anda berpeluang melihat demonstrasi tenunan songket, sulaman tradisional, mencanting batik, ukiran kayu dan kerja perak yang dilakukan oleh tukang yang mahir di Kampung Kraftangan. Hasil kraf mereka boleh dibeli di sini.

Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi sehingga 4.45 petang dan ditutup pada hari Jumaat.

Muzium Negeri – Pada tahun 1990, Muzium Negeri Kelantan ini telah ditubuhkan, dan ia merupakan bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jalan Hospital. Telah diwartakan bangunan ini sebagai sebuah bangunan bersejarah di Kelantan.

Memorial Peperangan Dunia Ke II – Pada tahun 1912, telah siap dibina bangunan batu pertama di Kelantan ini. Pada awalnya ia adalah sebuah bank iaitu “The Mercatile Bank of India Ltd”. Ia juga merupakan bank pertama di Kelantan dan lebih daripada 1000 artifak yang berkaitan dengan perang dunia kedua dipamerkan di situ.

Muzium DiRaja – Sebuah istana lama kerajaan Kelantan yang kemudian pada tahun 1991 dijadikan sebagai sebuah muzium. Segala-galanya yang berkaitan dengan kesultanan Kerajaan dari awal hingga kini ada dipamerkan disini.

Anda pasti akan berasa teruja mengkaji dan mengetahui salah-silah kesultanan kerajaan Kelantan. Muzium ini terletak di Jalan Hilir Kota Bharu berdekatan dengan Kampung Kraftangan dan Istana Balai Besar.

Muzium Islam – Pada asalnya muzium ini merupakan bangunan Majlis Agama Islam Kelantan yang terletak di Jalan Sultan Kota Bharu berdekatan dengan Padang Merdeka, Masjid Muhammadi dan Memorial Perang Dunia Kedua. Segala yang berkaitan dengan perkembangan Islam di Kelantan dan Nusantara dipamerkan disini.

Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan – Ia dibina dengan senireka yang sangat halus buatannya dan segala yang berkenaan dengan Adat Istiadat DiRaja seperti melenggang perut, perkahwinan, pertunangan, adat pijak tanah dan lain-lain turut dipamerkan di muzium ini. Sungguh menarik bukan?

Tempat Menarik di Pasar Malam Wakaf Che Yeh Kelantan

BACA SINI: Pengumuman senarai barisan menteri kabinet malaysia 2023

Anda pasti akan berasa seronok dan teruja apabila berkunjung ke pasar malam Wakaf Che Yeh, yang dikatakan merupakan pasar malam terbesar di Kelantan.

Semua barangan boleh didapati disini, anda sebut sahaja barang yang ingin dicari, dari pakaian ke minyak wangi, buah-buahan, makanan dan lain-lain lagi.

Anda boleh tunggu sehingga pasar ini ditutup pada jam 12 hingga 3 pagi sekiranya anda inginkan pada harga yang murah, memang ada sahaja barang yang akan dilelong dengan harga murah.

Kebiasaannya pada malam minggu dan musim cuti sekolah, kenderaan akan penuh sesak di pasar malam ini. Pastikan anda bersabar untuk mencari tempat letak kenderaan sama ada secara berbayar mahupun percuma.

Jika anda seorang pelancong dari luar Kelantan, besar kemungkinan anda tidak akan mendapat harga barangan yang terlalu murah di sini.

Kebanyakan barang yang dijual di pasar malam Wakaf Che Yeh adalah buatan Thailand.

Tempat Menarik di Pantai Cahaya Bulan Kelantan

Pantai yang paling hampir dengan bandar Kota Bharu adalah Pantai Cahaya Bulan, yang hanya lebih kurang 10 kilometer sahaja.

Anda akan rasa unik dan kelainannya melalui di celah-celah perumahan yang unik. Makanan di pantai ini agak mudah dicari kerana banyak gerai makanan di sepanjang pantai. Makanan lain yang banyak dijual adalah jagung rebus dan keropok lekor.

Pantai Cahaya Bulan ini tidak sesuai dijadikan tempat bermandi-manda terutama pada musim tengkujuh kerana ombak yang sangat besar.

Antara salah satu pengalaman yang indah semasa anda berada di sini adalah menyaksikan matahari naik yang mempesonakan.

Aktiviti yang anda boleh lakukan bersama keluarga tersayang atau rakan taulan adalah bermain layang-layang, bersiar-siar ataupun menunggang kuda di pantai.

Taman Negara Kuala Goh Gua Musang Kelantan

BACA SINI: Senarai hotel murah 2023 di Malaysia

Lokasi Taman Negara Kuala Goh ini terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar Gua Musang, melalui jalan Gua Musang, Kuala Krai. Ia merupakan salah satu pintu masuk Taman Negara.

Melihat pelbagai jenis burung yang cantik adalah antara aktiviti utama yang seronok di sini dan sebenarnya tempat ini merupakan “Important Bird Area by the Birdlife International Organization”.

Berdasarkan jumlah yang direkodkan, terdapat 380 spesis burung yang antara seperti burung belatuk, burung enggang, burung raja udang, flycatchers dan lain-lain lagi, dan ini sangatlah mengujakan lebih-lebih lagi bagi peminat aktiviti memerhati burung setempat.

Selain itu terdapat 109 spesis ikan air tawar, 200 spesis mamalia, 67 spesis ular dan 55 spesis katak.

Antara aktiviti lain yang sangat menyeronokkan untuk dilakukan adalah jungle trekking ke Impian Hide di mana tempat terkumpulnya garam mineral dan sekaligus menjadikan haiwan banyak berkumpul untuk menjilat garam mineral disini. Anda boleh menikmati suasana dan berseronok di atas titian kanopi sepanjang 230meter dan setinggi 30meter di atas pokok ini.

Sungguh nyaman sekali tempat ini dengan udara yang sejuk dan bersih dari pencemaran.

Anda mesti datang dan alami sendiri kehidupan hutan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup anda. Ia mungkin tidak akan berada di sini selama-selamanya menunggu anda melawat kerana ketamakan manusia di kemudian hari kebarangkalian akan melenyapkan tempat ini.

Sila hubungi nombor di bawah bagi mereka yang berminat untuk melawat Taman Negara Kelantan.

Jikalau anda tidak memandu ke resort, beliau boleh menguruskan pengangkutan dari Gua Musang. Beliau mempunyai pelbagai pakej yang boleh anda pilih.

Tempat Menarik di Rantau Panjang Kelantan

Kunjungan anda pasti belum sempurna jika ke Kelantan dan tidak singgah di Rantau Panjang. Dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negeri, Rantau Panjang sememangnya terkenal sebagai pusat membeli belah yang hebat dan tempat menarik percutian di Kelantan paling best.

Pada jam 8 pagi, kedai-kedai sudah mula dibuka dan ditutup pada jam 6 petang. Pusat beli-belah ini penuh sesak dengan pengunjung pada musim cuti sekolah dan menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta. Inilah tempat pilihan yang terbaik jika anda ingin mendapatkan barangan dengan harga yang murah. Antara jam 11 pagi hingga 4 petang adalah waktu yang paling sibuk.

Barangan yang popular dijual disini adalah toto, pinggan mangkuk, pakaian termasuk jersi dan banyak lagi. Anda harus bijak membuat tawar-menawar untuk membeli belah di sini, namun demikian mungkin agak sukar mendapatkan harga yang murah jika anda bukan penduduk tempatan kerana mereka tahu anda datang sebagai pelancong.

Tempat Menarik di Pengkalan Kubur Kelantan

Tempat best di Kelantan yang wajib anda kunjungi adalah Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur. Tempat menarik ini terletak berdekatan dengan pintu masuk ke Thailand. Anda pasti rambang mata terutama sekali bagi kaum wanita dengan lambakan barangan buatan Thailand disini.

Di sini adalah tempatnya jika anda mencari pinggan mangkuk berjenama Corningware, Tefal, Corelle dan sebagainya. Namun begitu, anda haruslah berhati-hati dengan barangan tiruan yang dijual. Adalah lebih baik sekiranya anda memberi dari authorized seller sahaja.

Dari jam 8 pagi, kawasan yang terletak di kawasan berpagar ini akan dibuka dan pihak kastam akan mengarahkan anda keluar pada jam 5.30 petang.

Pantai Irama Kelantan

Jom kita tinjau tempat menarik di Kelantan yang lain seperti Pantai Irama setelah puas sudah kita menjelajah sekitar bandar Kota Bharu dan tempat membeli belah Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang.

Pantai Irama terletak di antara Kota Bharu dan Kuala Terengganu melalui jalan Tok Bali. Pantai Irama sememang terbaik dan meriah untuk mandi laut. Pantai ini “murah” dengan makanan yang sedap-sedap dan terdapat juga sebuah masjid untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.

Antara makanan enak yang dijual di sini adalah seperti keropok, bebola ikan cinta laut, air kelapa dan banyak lagi.

Disebabkan bentuk pantainya yang landai, tidak berselut dan berpasir menjadikan ia sangat sesuai untuk bermandi-manda bersama ahli keluarga. Pihak berkuasa juga telah membina sebuah beting batu pengkalan ombak.

Kemeriahan Pantai Irama ini amat terasa dengan adanya pelbagai kemudahan untuk pengunjung beriadah dan berehat termasuklah untuk golongan kanak-kanak.

Jika anda ingin pergi ke pantai timur, jangan lupa masukkan Pantai Irama Bachok ke dalam senarai jadual perjalanan anda. Pantai ini memang terbaik dan sangat menyeronokkan, anda pasti tidak akan berasa menyesal!

Gunakan koordinat 6.0711° N, 102.3978° E untuk lebih mudah anda sampai ke sana.

Pantai Bisikan Bayu

Pantai Bisikan Bayu adalah sebuah lagi tempat menarik di Kelantan yang tidak diketahui ramai.

Mengapa ramai yang tidak mengetahui akan tempat menarik ini? Ini kerana jumlah pengunjungnya yang agak kurang berbanding dengan pantai-pantai lain di Kelantan ini.

Anda boleh saja hubungi Tok Aman Bali Beach Resort jika anda ingin menginap di sekitar Pantai Bisikan Bayu atau Pantai Irama.

SUMBER: https://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g298284-Activities-Kelantan.html

P/S: Jangan lupa singgah kesemua tempat best dan tempat menarik di kelantan seperti yang dikongsikan di atas. Memang enjoy!

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia