Kedai Raja Ikan Bakar terletak di jalan Berek 12, Kota Bharu, Kelantan, bedekatan dengan stesen minyak Shell. Raja Ikan Bakar memberi kelainan dalam menu masakan mereka tidak seperti ikan bakar di tempat-tempat lain. Raja Ikan Bakar ini hanya ada 1 menu iaitu ikan bakar tawar yang dicicah dengan belacan, kicap, pinyit limau nipis.

Khasiat ikan bakar

Ikan ini mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh.

Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Sedap

Cara makan simple sahaja tapi bila kena skali mesti nak lagi, tapi awas sambal belacannya sangat pedas!

Ikan yang terdapat di Raja Ikan Bakar

Ada bermacam-macam jenis ikan laut yang ada disini seperti ikan kerisi, cencaru, ikan merah, kerapu, siakap, sotong, ketam dan udang.