Jika mahu menikmati hidangan ala-ala steamboat yang diusahakan oleh pemilik Melayu bolehlah berkunjung ke FOOD VILLAGE RESTAURANT di KG BAUNG JLN PENGKALAN CHEPA. Pernah dengar makanan Chim Chum Kalau anda pernah makan steamboat mungkin anda akan anggap ini adalah makanan yang sama. Tapi menurut pemilik restoran ini ia sama dengan steamboat tapi tak serupa.

Menurut beliau juga Chim Chum ni sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana ia merupakan menu dari Thailand. Namun konsepnya sama dengan steamboat.Anda hanya perlu masak sendiri diatas dapur yang disediakan. Anda boleh bakar dan rebus daging ayam sotong isi ketam fishball kulat sayur-sayuran dan lain-lain yang telah dipotong halus. Kemudian cecah dengan sos manis atau pedas. Hidangan yang disediakan adalah secara bufet. Makanlah selagi anda termampu dengan hanya mengenakan harga yang amat berpatutan.