Bagi penduduk Kelantan Kampung Baung dekat Pengkalan Chepa di sini cukup sinonim dengan sate kerana ramai penduduknya menghasilkan sate sebagai sumber pendapatan keluarga. SABAR: Zamri kanan membakar sate bersama pekerjanya. Meskipun namanya tidak terkenal seperti sate Kajang rasa dan aromanya setanding cuma mungkin kurang publisiti terhadap perusahaan makanan itu.

Perusahaan sate di Kampung Baung selaras usaha kerajaan menggalakkan penduduk melaksanakan perusahaan kecil dan sederhana PKS menerusi konsep satu kampung satu pengeluaran. Pengusaha sate di kampung itu Zamri Othman 38 mewarisi perniagaannya ini daripada bapanya seorang pesara tentera Othman Samaah 68 sejak 15 tahun lalu.

Kesungguhan keluarganya berniaga sate membawa kepada penubuhan syarikat Satay Baung Trading yang berusaha memperluaskan pasaran sate yang diusahakan keluarga mereka. TELITI: Norhayati memasak kuah sate di rumahnya di Kampung Baung Pengkalan Chepa. Zamri yang bertindak sebagai pengurus syarikat itu dengan bantuan isterinya Norhayati Husain 34 serta sekumpulan remaja dan suri rumah kampung itu yang menjadi pencucuk sate. Pengusaha sate yang juga adik Zamri Seazmi Othman 33 turut menyediakan sate serati dan arnab jika mendapat permintaan yang dijual pada harga 35 dan 45 sen secucuk. Harga sate daging lembu import dan ayam juga berbeza.

Sate daging lembu tempatan dijual dengan harga RM45 bagi 100 cucuk manakala RM1 bagi setiap tiga cucuk sate daging lembu import atau ayam. Seazmi berkata keistimewaan sate baung berbanding sate lain terletak pada cara penyediaannya yang dibuat secara tradisional termasuk kaedah membakarnya. ENAK: Sate ayam yang sudah siap dibakar. Contohnya saya menggunakan dapur kayu untuk memasak kuah dan arang bagi membakar sate. Saya tidak menggunakan kipas elektrik untuk membantu menyalakan bara dan tidak menggunakan dapur gas sebalik mengipas sendiri. Kami juga menggunakan lidi kelapa sebagai batang sate dan dan bukan lidi buluh yang digunakan kebanyakan pengusaha sate katanya yang mendakwa kelainan itu memberi perbezaan rasa dan aroma.

Ayahnya Othman Samah 68 pula menjalankan perniagaan sate tanpa premis tetap seperti gerai atau restoran sebaliknya menumpukan kepada kaedah jualan secara beli dan bawa pulang dari rumahnya. Bagaimanapun bagi memenuhi permintaan pelanggannya dia membuka gerai bergerak di pasar malam dan pasar tani sekitar Kota Bharu termasuk Wakaf Che Yeh Kubang Kerian Pasir Mas dan Lundang. Permintaan yang tinggi terhadap sate mendorong suri rumah Noranita Ahmad 38 dan suaminya Norjihan Abdul Rahman 45 mengusahakan perniagaan sate sejak empat tahun lalu. Berbekalkan pengalaman yang diwarisi daripada bapanya yang berasal dari Kampung Baung pasangan berkenaan membuka warung sate di Jalan Pengkalan Chepa dengan nama Satay Malaysia . Katanya penggemar sate akan memenuhi warungnya pada lewat petang hingga ke malam.