Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn.Bhd (169926-W) ditubuhkan pada 13 April 1988 di Kota Bharu, Kelantan dan didaftarkan dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL/LN:2259). Syarikat yang beribu pejabat di Lot 195-A,Tingkat 1,Jalan Bayam,15200,Kota Bharu mempunyai dua pejabat cawangan iaitu satu cawangan di Terengganu(Kuala Terengganu:KPL/LN:1479) dan satu cawangan di Selangor(Ampang:KPL/LN:2259/2).

Kami adalah sebuah ejen Pelancongan berkomputer menggunakan sistem penempahan SABRE yang dibekalkan oleh syarikat ABACUS DISTRIBUTIONS SYSTEM (M) yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia yang membolehkan kami membuat tempahan tiket penerbangan, hotel dan juga lain-lain perkhidmatan yang berkaitan secara terus dengan syarikat-syarikat  terkemuka diseluruh dunia.

Sebagai ejen yang berdaftar dengan IATA  dan MATTA kami  merupakan syarikat yang dilantik oleh PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) sebagai ejen jualan tiket  selain menjadi ejen kepada syarikat-syarikat penerbangan utama seperti Saudi Airlines (SV), Royal Jordan (RJ), Emirates Airways (EK),Egypt Airlines(MS) dan lain-lain.

Kami juga merupakan Syarikat 100% milik bumiputra yang berdaftar sebagai ahli BUMIPUTERA.

Operasi utama syarikat kami adalah mengendalikan pakej Umrah dan Ziarah serta pakej-pakej percutian didalam dan luar negeri. Selain itu, kami juga merupakan Pengelola Jemaah Haji yang telah di lesenkan oleh Lembaga Tabung Haji bagi musim 1431H/2010M.

Kami mempunyai rangkaian perniagaan di peringkat antarabangsa terutamanya peringkat Timur Tengah dan Asia seperti Arab Saudi,Jordan,Mesir,Dubai,Thailand,China dan lain-lain.

Objektif penubuhan syarikat ialah untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan Syarikat Pelancongan Yaskin ke peringkat antarabangsa di samping memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada para pelanggan.