Terminal bas ini merupakan terminal utama bas ekspress di Kota Bharu, terletak di Lembah Sireh, berdekatan dengan pasaraya Tesco. Jika sebelum ini ramai yang mengenali stesen bas ekpress jalan hamzah dan trannasional langgar, untuk makluman kedua-dua stesen bas tersebut telah tiada lagi. Terminal bas yang baru inilah merupakan terminal bas utama di Kota Bharu yang menggantikan kedua-dua tempat tersebut. Disini juga kaunter tiket bagi kesemua bas ekpress disediakan.