Gabungan Persatuan Kereta Sewa Kelantan Barat Kota Bharu ini terletak di Jalan Suara Muda 15000 Kota Bharu iaitu berhampiran dengan bangunan Tabung Haji.

Menyediakan perkhidmatan dalam negeri seperti perjalanan ke Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat, dan Pengkalan Kubor.

Persatuan Kereta Sewa ini juga menyediakan perkhidmatan luar negeri iaitu ke seluruh semenanjung.

Gabungan persatuan ini bersedia menerima tempahan dari semua rakyat yang inginkan perkhidmatan kereta sewa untuk perjalanan dalam dan luar negeri.