Tourism Malaysia Kelantan yang terletak berhampiran dengan Kampung Kraftangan ini merupakan pusat di mana para pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negara memperoleh pelbagai jenis maklumat berkaitan pelancongan di Negeri Kelantan dan negeri-negeri yang lain di seluruh Malaysia.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • menyediakan maklumat tentang tempat-tempat menarik untuk dikunjungi
  • memberi maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pelancongan di negeri Kelantan dan negeri-negeri lain
  • menyediakan senarai aktiviti dan festival yang akan diadakan di seluruh Malaysia
  • menyediakan peta bagi memudahkan para pelancong
  • memberi khidmat bantuan dalam pakej pelancongan