PERMULAAN KAMPUS KESIHATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USMKK)

Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian,Kelantan ditubuhkan pada Ogos 1983 khusus untuk bidang perubatan dan separa perubatan. Kedudukannya 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu menjadikan ianya senang dikunjungi samada dengan menggunakan perkhidmatan awam mahu pun kenderaan sendiri.

Bermula dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), kampus ini berkembang setelah Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dipindahkan dari kampus induk di Pulau Pinang ke kampus di Kelantan seluas 72.84 hektar ini.

Kompleks pusat pengajian, Desa Rakyat, asrama pelajar, asrama jururawat, perpustakaan perubatan, kompleks sukan dan rumah haiwan di bangunkan dalam Projek Fasa 1. Projek pembangunan ini siap pada awal tahun 1990. Keseluruhan PPSP berpindah dari kampus induk pada Jun 1990. Inilah juga detik permulaan jentera pentadbiran Kampus Kesihatan. Setelah itu, dua buah pusat pengajian baru menyusul pula iaitu Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) menjadikan Kampus Kesihatan lengkap sebagai pusat pengembangan ilmu dan pakar selain kemudahan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan untuk dimanfaatkan oleh staf dan pelajar.

-Desa Siswa Murni – asrama untuk pelajar
-Desa Siswa Nurani – boleh menempatkan 175 orang jururawat dan 36 doktor siswazah (termasuk farmasi siswazah)
-Rumah Tetamu & Desa Rakyat – Untuk tetamu, staf dan keluarga pesakit yang datang melawat atau berurusan di USM Kampus Kesihatan/HUSM
-Kompleks Sukan – Khusus untuk masyarakat kampus dan boleh disewa oleh badan-badan luar
-Pos Mini – Untuk staf dan pelajar membuat urusan-urusan pos dan pembayaran bil
-Bank Simpanan Nasional – menyediakan hampir semua transaksi di kaunter dan mesin ATM
-Mesin-mesin ATM – Bumiputra Commerce,Bank Islam dan RHB
-Padang Golf yang disediakan untuk kakitangan
-Perkhidmatan Bas Bandaran dan Teksi – bas bandar membuat pusingan ke dalam manakala stesen teksi terletak di hadapan HUSM
-Kantin dan Kafe – disediakan di pusat-pusat pengajian dan desa-desa pelajar